Isnin, 18 Ogos 2014

Raya 2/2014

Musim raya 2014

Kami sempat berkunjung kerumah Pn.Suhailah di Tanjung , aku dan keluarga ku dapat merasai makanan yang disediakan,Kebetulan kami semua memang belum makan, Apa lagi dia hidangkan lauk kesukaan ku,

masak asam keladai, ikan cencaru goreng , ikan parang masak asam pedas sayur asin ,sambal petai, wou.....

memang sedap.Aku ni orang nya agak cerewet sikit, bukan semua rumah aku makan, walau pun rumah kakak ku sendiri.

Ini semua di Majlis Jamuan Hari Raya di BTP Melaka anjuran Jpn.

gambar-gambar di atas ni adalah orang-orang penting, kalau mereka tak ada, tak dapat aku nak bayangkan.Mereka semua bersatu hati ,memberi kerjasama yang begitu erat sekali.Yang tak hadir dalam majlis ini kawan baik ku ,Norfazlin dan Mohd Zaki.Beliau berdua tidak sehat.

 Majlis rumah terbuka rumah sepupu isteri ku (Zainab) wou....mcm majlis kerja kahwin tak cukup tempat duduk, Ada 3 khemah.Bayangkan masak lemak siput sedut aje 1 periuk besar mcm periuk masak nasi orang kahwin ,Kupang goreng cili, kambing, Ikan pari bakar dll.Beliau setiap tahun buat majlis memang gila-gila.Maklumlah beliau juga berniaga di Pasar Besar Melaka.Ini lah rumah terbuka raya yang terhebat dalam tahun 2014.

Syaiful menyambut hari jadinya pada 22/8/2014 sempena majlis Jamuan Hari Raya SPMICT

  Ini lah dia rakan-rakan di SPMICT 2014

 Sempat juga Nur Efada bergambar bersamaku.....Buat Kenangan katakan

 Ni baru lepas gaduh ni...........Suhailah.....Gaduh2 juga...tapi baju dia pakai nampak cantik

 

Khamis, 7 Ogos 2014

Raya 2014

Raya yang paling sederhana tetapi penuh dengan rahmat Allah

Salam Aidilfitri dari ku dan keluarga ku untuk semua pembaca blog yang ku kasihi.

Tahun ini aku menyambut raya hanya dengan amat kesedarhanaan.Tahun ini aku tidak membeli baju raya , tak  cat rumah dan pakai di pagi raya tidak sedondon seperti mane di tahun-tahun yang lepas.Dan juga tidak bergambar sekeluarga.

Tetapi rahmat allah amat besar.Bagi kami sekeluarga amat merasinya.Tidak seperti tahun-tahun  yang berlalu.Walaupun kami tidak semewah orang lain menyambut raya, tetapi kami diberi rahmat.

Rahmatnya ialah ditahun ini kami beraya bersama semua anak-anak,menantu-menantu , cucu-cucu .Yang paling bermakna anak kami Mohd.Arif yang belayar keluar negara.Ini lah pertama kali beliau beraya bersama kami dengan isteri dan anak pertamanya.Aku terpegun dengan kebesaran Allah dan nikmat rahmatnya.

Seperti biasa di pagi raya ,sembahyang  raya ,bersalaman bersama keluarga, linangan  air mata tak dapat di pisahkan.Seronok dapat duit raya dari anak-anak. Dan berkunjung ke rumah mentua dan  ke rumah kakak dan kakak ipar..  

 

Tiga hari raya aku membuat majlis rumah terbuka untuk keluarga kedua belah.Menunya: Masak asam pedas tetel , sambal udang petai ,Sambal belacan ,Ikan bakar 3 jenis , ayam ,kambing dan ketam pangang , ulam-ulam ,Soto , mee hoon sop , mee hoon goreng dan kuih raya.

 

Pada mulanya dibuat untuk kakak ku dan sebelah isteri ku , jam 12.30 sampailah orang yang tidak di undang .8 buah kereta dari KL dan Melaka.Yang seronok mereka ini dikata mulut longkang dari usia 10 tahun sampailah usia 80 tahun, semuanya mulut longkang, siap berpantun menjual dan membeli.Carut mencarut jangan cakap lah.Tapi itulah yang membuat seronok bila mereka datang.

 

 

Rabu, 6 Ogos 2014

Zainab yang bernama

Zainab Binti Abdul Latip

Pada 22.7.2014 genaplah usia perkahwinanku ke 30 tahun.Kami berkahwin pada 22.7.1984 dan di kurniakan 5 orang anak, Seorang meninggal  dalam usia 7 bulan (lelaki).Dan yang ada sekarang dua perempuan dua lelaki.Tiga orang telah berkahwin.Apa yang terpapar ini bukan lah hendak menunjuk tetapi ingin berkongsi apa yang baik.


































Nak capai usia ke 30 bukanlah mudah .banyak kesabaran  tolak ansur dan menelan apa yang pahit dan akan merasa apa yang manis akhirnya.Berumahtangga ni dengar ,memang indah dan mudah, tetapi untuk mengendalikan bukanlah semudah sebuah ungkapan.Ia bagaikan sebuah kapal yang di perbuat daripada  kayu ,berlayar jauh tanpa menggunakan enjin, ia bergerak hanya menggunakan kudrat .......bayangkan lah.

Dengan angin ,hujan , ribut, ombak,panas dan berbagai2 lagi dugaan yang harus ditempuhi.Jangan sekali-kali terniat atau mencuba dan terlintas perkataan CERAI.Walau marah kita macam mane pun bersabarlah itu adalah penawar yang paling baik.Kekadang terasa tercabar.....tetapi kita sebagai lelaki ego tidak dapat di pisahkan.Cuba anda bayangkan masa mula kenal dan terasa sayang.Kita mesti menghormati insan yang sanggup berkongsi susah senang .Jangan pentingkan diri sendiri.Itu amanah Allah.

Beliau dilahirkan pada 4.5.1966.Boleh dikatakan sangat rajin membuat apa saja,terutama mengemas rumahtangga, setiap insan ada kelebihan dan kekurangan.Yang kurang tak payah lah diceritakan.Anak sulong dari enam adik beradik, semua adik beradiknya  bermula huruf Z.

 

Aku mengenali Zainab Abdul Latip 31 tahun dahulu dengan terjadinya sebuah pertolongan dari hati yang ikhlas ku sendiri.Pada hal aku sudahpun berpunya (bertunang).Itu pun bukan pilihan ku, tetapi pilihan bekas tunang ku sendiri .Aku ni masih muda dulu ramai juga peminat.Dah tua ni pula lagi ramai peminat.....Sabar aje....kau

Ketika itu aku berkerja di Singapore dan mendapat berita ibu ku sakit minta ku balik segera keMelaka.Itu pun semasa didalam bas express yang ku naiki untuk balik ke Melaka ada juga insan yang ingin mengenali ku.Tapi aku pendikkan cerita gadis yang aku jumpa didalam bas itu telah menggunakan ilmu pengasih semasa dia mengajak ku berjumpa Ibunya di Melaka (Kampong Bachang Melaka)

Bila aku sudah berada didepan ibuku, rupanya ibuku suruh ku bekerja saja di Melaka.

Aku pun dapat bekerja di Perhentian Teksi Melaka.Yang peliknya aku mendapat gaji untuk satu hari 4 majikan ini bermakna aku mendapat 4 gaji dalam satu masa.Bayangkan aku boleh bermain kutu (Duit Kutu) sehari  aku boleh bayar rm100.Kutu harian.Orang lain main kutu bayar sebulan sekali.

Waktu bekerja dari jam 7.00 mlm hingga jam 7.00 pg esoknya.

           Bermulalah bagaimana aku mengenali Zainab Abdul Latip.Salah satu tugas ku ,menerima panggilan pelanggan yang ingin menggunakan Teksi di waktu malam.Di belakang tempat aku berkerja terdapat sebuah restoran yang agak terkenal juga di Melaka.

 Tiba-tiba aku mendapat satu panggilan dari seorang perempuan yang agak berumur,(kenal Suara orang dah berumur) ia meminta tolong sampaikan pesan kepada majikan  restoran itu balik kerumahnya segera , katanya dia tidak sehat.Aku dengan pantas tanpa mengenali siapa orang itu, menawarkan diri, " makcik tidak sehat ke....kalau makcik tak sehat saya boleh bawakan makcik ke klinik sekarang"tetapi makcik itu menolak dia tak nak menyusahkan aku.Dan selepas itu makcik  atau anak-anaknya  kerap telefon ku untuk minta tolongkan sampaikan pesanan kepada majikan restoran tersebut.

Rupanya makcik itu isteri kepada majikan restoran tersebut.dan aku pendikkan cerita makcik tu sekarang adalah Ibu mentua ku ,Ibu kepada Zainab Abdul Latip.Dan Zainab pada masa itu juga ada sebuah kedai sendiri menjual buku-buku tak jauh dari tempat kerjaku.

Pernah aku dipelawa datang kekedainya,masa itu aku belum pernah melihat wajahnya, katanya jika ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi, datanglah kekedainya.aku pun pergilah ke kedainya dan melihat wajahnya buat pertama kali.(Buat-buat beli gula-gula dan bertanya ini Zainab ke.Aduh.......Kata ku didalam hati "alah tak cantiklah............"

Tapi itulah yang menjadi isteri ku hingga sekarang........................dan hingga ke akhir hayatku.

Kesimpulannya.....musabahkan diri dulu ,jangan pandang luaran sahaja.