Sekadar mengisi masa lapang dan juga untuk berkongsi idea hasil kreativiti kurniaan Ilahi...
Rabu, 28 Mei 2014
Isnin, 19 Mei 2014
Taman Halamanku...part 2
Tambahan Idea
Ini tapak yang dicadangkan membuat penambahbaikan kolam yang sedia ada di rumahku.Atas sokongan dengan idea yang ku beri, anak-anakku dan menantu bersedia membantu menjayakan projek ini, malah ada yang memberi sokongan dengan wang ringgit.
Idea ku sentiasa berkembang , cuma kewangan aje yang menghalang, kalau aku cukup duit halamanku lah yang paling terbaik akan ku bina dan tercantik.
Anakku yang baru balik dari luar negara dan sedang bercuti memberi aku semangat, Pada mulanya aku hanya mendapat idea saja dan memaklumkan kepadanya, Tiba-tiba ia kata esok kita mulakan 18hb Mei 2014.Dengan bahan tak bersedia.Ini lah tapaknya aku bercadang membuat jambatan melintasi ke Anjung rehat.
Anakku Mohd Amer ,Menantu Mohd Firdaus dan Mohd Arif ,sedang mengali lubang untuk menyambungkan kekolam besar.Aku relex aje...ini arahan Mohd Arif.
Membuat ukuran kelebaran kolam tambahan.bersemangat kitaorang masa tu.Tapi cara ku kalau buat kolam makan masa sikit.sebab idea akan datang lagi untuk yang terbaik.
Baru siap 50% , aku buat sikit-sikt, balik kerja jam 5.00 buat sikit,begitulah seterusnya.kalau korang tengok ...macam tak ada apa je.Tapi bagi ku kreatif,idea dan kepuasaan dan ketenangan.
Setakat hari ini sabtu 24/5/2014 telah berjalan 50%.Idea aku datang mencurah2 semasa aku membuat kerja2 rekabentuk simenferro.
Sedikit-demi sedikit aku buat,idea datang masa tu....uu boleh jadi gila.bersemangat.....
Dah 75% siap ,cuma aku nak top up yang mane idea datang secara spontan.kalau boleh yang buat yang terbaik.yang penting kreatif
Bila dah cat....mesti cantik punya.Tapi itu kata ku sendiri.Ini masing2 punya mata memandang.
Impian ku nak jadikan laman rumahku begitu kretaif dengan sentuhan idea dan kepuasaan pemiliknya.
Aku tidak mampu membina rumah yang besar, tapi aku mampu menyerikan dan berkongsi senyuman penghuninya.
Ini hasil kerjatanganku sendiri, walau ada mata yang menilai dengan rasa tidak secantik mane tetapi hatiku merasa amat puas sekali
Bolehlah dikatakan cantik dan kreatif dimata ku.
Teratai bunganya cantik tapi akar tidak jijak ketanah,satu keunikkan teratai ialah bunganya akan berkembang setiap hari ,dan kuncup semula dan kembang semula pada esok harinya.Baru ku tahu....keunikkannya.tidak seperti bunga lain kembang hari ini esok ia layu selamanya.
Sabtu, 17 Mei 2014
Cerita benar Part 4
Kebetulan......ke?
Nak jadikan cerita , ia memang benar berlaku dalam hidup ku.Sepupuku meminta pertolonganku memandu keretanya untuk kesebuah klinik berdekatan , kerana anaknya terkena sengat ampai-ampai semasa bermain di pantai laut.
Aku pun tak membuang masa terus menghantar disebuah klinik 1Malaysia .Sampai aje diklinik tu , cepat-sepat dibawa masuk untuk mendapat rawatan kecemasan.Kebetulan pula dihadapan ruang menunggu ada 4 orang bangla sedang menunggu giliran.Sepupuku terus masuk berjumpa doktor dan aku menunggu diluar saja.
Memandangkan bangku tak mencukupi aku pun duduklah sebaris dengan mat bangla.Tiba-tiba aku terdengar pembantu klinik menekan loceng memanggil bangla tu dengan memberi sebotol kosong untuk mengambil air kencing.
Yang peliknya botol tu ada 5, sedangkan bangla tu ada 4 orang sahaja.4 orang bangla tu pun pergi ketandas tinggal aku sorang saja dibangku tu.
Tapi aku juga dipanggil oleh pembantu klinik agar pergi segera ketandas untuk mengambil air kencing.Aku kata dengan dia , sape yang awak panggil.Mereka kata awaklah.he.he.....biar betul ....(gila ke kau, aku ni melayulah....bisikku di dalam hati ).
bila aku terangkan hal sebenar mereka ketawa memecah kesunyian klinik tu.Memang pun rupaku nampak mcm bagla tapi aku ni heshem lah sikit jika dibandingkan....he.he
Dan satu lagi cerita....korang nak tahu?
Aku mendapat kerja sambilan sebagai Pembanci Penduduk.Aku kena dikawasan Tanjung Kling Melaka.Aku Kena banci dalam sekitar 40 rumah sahaja.Yang peliknya kawasan tu, 40 rumah yang ku banci 35 isi rumah semuanya Janda.Eh ....pelik.korang percaya tak....mungkin kebetulan.
Ok kita lupakan dulu.(kau....tak boleh aku citer pasal janda).Semasa banci ada dua rumah berdekatkan, mungkin rumah adik beradik agaknya.
Aku banci rumah pertama dulu.Peramah juga tuan rumah tu....mane tak isi rumah tu lebih ramai kaun hawa dari kaum adam.Selesai aje banci rumah pertama aku ke rumah kedua ,yang tak jauh dari rumah pertama aje.(belakang rumah pertama)
Oleh kerana mereka peramah dan beri kerjasama yang baik, aku menumpang bag banci aku,aku hanya bawa borang dan pensel sahaja untuk rumah kedua.(senang sikit)
Aku pun beri salam, dengan cepat anak tuan rumah kedua menjawab salam ku.Ia menjerit memanggil ibunya, Katanya" mak bangla tu da datang ......ibunya pun jawab"tanpa ia melihat aku , hanya dengar suara sahaja. ha....beri dia duit tu rm150.00 dan kata dengannya (akulah...siapa lagi ) baki tinggal rm100.00 lagi.
Aku terpinga-pinga....apa dah jadi ni.mcm rezeki datang bergolek aje.Aku pun berterus terang yang aku ni, Pegawai Banci Isi Rumah.Bukan bangla kutip hutang.
Ibu budak tu pun keluar setelah mendengar cerita sebenar dan niatku datang kerumahnya.
Yang bestnya ibu tu cerita.Hari aku datang kerumahnya memang ada bangla nak datang kutip hutang, tapi yang biasa datang kutip hutang kat rumah ni tak dapat datang,ia ada urusan lain, dia gantikan adiknya,perkara ni telah dimaklumkan pada ibunya dalam telepon beberapa hari sebelum aku datang.Kebetulan lagi.........itulah cerita ku.
Dan ada lagi cite pasal bangla ni.
Kalau aku ke Supermarket atau Gedung beli belah, disitu ramai mat bangla ada .Yang yang bestnya bila bertembung dengan ku.(apa lagi kalau aku sorang-sorang jalan) mereka akan memberi salam kepada ku.aku jawab salam mereka, tapi disitu pun ada ramai orang islam yang lain.kenapa aku aje mereka memberi salam....kebetulan lagi.....
Langgan:
Catatan (Atom)