Sabtu, 17 Mei 2014

Cerita benar Part 4

Kebetulan......ke?




Nak jadikan cerita , ia memang benar berlaku dalam hidup ku.Sepupuku  meminta pertolonganku memandu keretanya untuk kesebuah klinik berdekatan , kerana anaknya terkena sengat ampai-ampai semasa bermain di pantai laut.


Aku pun tak membuang masa terus menghantar disebuah klinik 1Malaysia .Sampai aje diklinik tu , cepat-sepat  dibawa masuk untuk mendapat rawatan kecemasan.Kebetulan pula dihadapan ruang menunggu ada 4 orang bangla sedang menunggu giliran.Sepupuku terus masuk berjumpa doktor dan aku menunggu diluar saja.



Memandangkan bangku tak mencukupi aku pun duduklah sebaris dengan mat bangla.Tiba-tiba aku terdengar pembantu klinik menekan loceng memanggil bangla tu dengan memberi sebotol kosong untuk mengambil air kencing.


Yang peliknya botol tu ada 5, sedangkan bangla tu ada 4 orang sahaja.4 orang bangla tu pun pergi ketandas tinggal aku sorang saja dibangku tu.


Tapi aku juga dipanggil oleh pembantu klinik agar pergi segera ketandas untuk mengambil air kencing.Aku kata dengan dia , sape yang awak panggil.Mereka kata awaklah.he.he.....biar betul ....(gila ke kau, aku ni melayulah....bisikku di dalam hati ).


bila aku terangkan hal sebenar mereka ketawa memecah kesunyian klinik tu.Memang pun rupaku nampak mcm bagla tapi aku ni heshem lah sikit jika dibandingkan....he.he

Dan satu lagi cerita....korang nak tahu?

Aku mendapat kerja sambilan sebagai Pembanci Penduduk.Aku kena dikawasan Tanjung Kling Melaka.Aku Kena banci dalam sekitar 40 rumah sahaja.Yang peliknya  kawasan tu, 40 rumah yang ku banci 35 isi rumah semuanya Janda.Eh ....pelik.korang percaya tak....mungkin kebetulan.

 

Ok kita lupakan dulu.(kau....tak boleh  aku citer pasal janda).Semasa banci ada dua rumah berdekatkan, mungkin rumah adik beradik agaknya.

Aku banci rumah pertama dulu.Peramah juga tuan rumah tu....mane tak isi rumah tu lebih ramai kaun hawa dari kaum adam.Selesai aje banci rumah pertama aku ke rumah kedua ,yang tak jauh  dari rumah pertama aje.(belakang rumah pertama)

Oleh kerana mereka peramah dan beri kerjasama yang baik, aku menumpang bag banci aku,aku hanya bawa borang dan pensel sahaja untuk rumah kedua.(senang sikit)

 

Aku pun beri salam, dengan cepat anak tuan rumah kedua menjawab salam ku.Ia menjerit memanggil ibunya, Katanya" mak bangla tu da datang ......ibunya pun jawab"tanpa ia melihat aku , hanya dengar suara sahaja. ha....beri dia duit tu rm150.00 dan kata dengannya (akulah...siapa lagi ) baki tinggal rm100.00 lagi.

Aku terpinga-pinga....apa dah jadi ni.mcm rezeki datang bergolek aje.Aku pun  berterus terang yang aku ni, Pegawai Banci Isi Rumah.Bukan bangla kutip hutang.

Ibu budak tu pun keluar setelah mendengar cerita sebenar dan niatku datang kerumahnya.

Yang bestnya ibu tu cerita.Hari aku datang kerumahnya memang ada bangla nak datang kutip hutang, tapi yang biasa datang kutip hutang kat rumah ni  tak dapat datang,ia ada urusan lain, dia gantikan adiknya,perkara ni telah dimaklumkan pada ibunya dalam telepon beberapa hari sebelum aku datang.Kebetulan lagi.........itulah cerita ku.

Dan ada lagi cite pasal bangla ni.

Kalau aku ke Supermarket atau Gedung beli belah, disitu ramai mat bangla ada .Yang yang bestnya bila bertembung dengan ku.(apa lagi kalau aku sorang-sorang jalan) mereka akan memberi salam kepada ku.aku jawab salam mereka, tapi disitu pun ada ramai orang islam yang lain.kenapa aku aje mereka memberi salam....kebetulan lagi.....

 

2 ulasan:

  1. pasal ko hemsem la tuu.. 40 org kau banci...35 org mengaku janda..😁😁

    BalasPadam
  2. pasal ko hemsem la tuu.. 40 org kau banci...35 org mengaku janda..😁😁

    BalasPadam