Yangku Kenali
Aku bersama Pegawai Perhubungan Jabatan Pendidikan Labuan Sabah, Yang menyambut ketibaan kami dan bersama menjayakan lawatan dari Jabatan Pendidikan Melaka.(Mamat sebelah ni kacau aje....poh..poh pergi main jauh-jauh.
Aziawati adalah rakanku ,satu Jabatan.Ini semasa kami di Negara Brunei di perkampungan air.Dia ni selalu bikin panas, Orangnya baik dan rajin tapi telinga tu kena tahan sikit.Dia ni suka belanja orang.Masih bujang tau....
Karnival Pendidikan Melaka 2010.Aku bertugas bersama seorang kawan rapat dan terlalu rapat.Jaafar Bin Abu Samah.Bertugas Di Unit Pendidikan Khas.Beliau ni seorang yang baik, Telah berumahtangga.kalau dia nak kemane-mane mesti nak aku bersama, kursus,lawatan atau mesyuarat.Beliau pemain karum no.1 di Jabatan Pendidikan Melaka .
Noraza Binti Yakmat, Seorang Pelajar yang baru saja habis tamat latihan di Sektor ini selama 6 bulan.Orangnya pada mulanya nampak seorang pendiam tetapi bila dah lama sikit baru nampak keceriaannya.Adalah kena mengena sikit.Selepas ni belajar dan terus belajar ok.Ada pontensi maju dimasa akan depan.
Mantan Pengarah Tuan Haji Kasim , Beliau seorang yang baik dan sedia mendengar orang bawahan.Aku pernah bersama beliau ke Sabah dan Brunei untuk lawatan rasmi.Memang best bersama beliau.
Pn.Suhailah Binti Ramli, beliau adalah seorang kawan yang baik, sering membantu kawan yang lain.Idea beliau terlalu meluas dengan pengalaman di tempat lama.Beliau seorang Ibu yang baik dan seorang Isteri yang setia,Ditempat kerja kalau tak datang sehari ramai akan bertanya.Bagi aku pula dia kaki gaduh dengan aku yang membuatkan Sektor tu tak sunyi.
Gambar di bawah ini kawan aku yang agak ceria setiap hari.Norfazlin Bin Mohd Tahir.Pegawai Teknologi Maklumat.Seorang yang rajin dan bertangungjawab dalam hal server.Beliau banyak juga menyumbang nasihat yang amat terbaik untuk ku.Aku hormati beliau dengan moto SABAR.Suka mengusik dan menghidupkan suasana yang sunyi menjadi terhibur.Orangnya sederhana dan suka merendahkan diri.
Orang Sabah...ba.Namanya Rasidah Binti Mohd Taib.Seorang yang manis dan berbudi bahasa.Pandai bergaya.Pandai menyesuaikan diri di mane sahaja.Orangnya mudah didekati tetapi ia bagaika Merpati jinak makan ditangan .Beliau pandai menulis dan seorang penulis.Beliau pernah bertugas di Sektor ini sebagai CC.Dan beliau sekarang tidak tahu dimane berada.kami terputus perhubungan.Aku doakan semoga beliau sehat dan gembira bersama dengan keluarga tercinta.
Pn.Siti Nuriah @ Zanariah Binti Omar.Ini lah bos aku seorang yang berpengalaman tinggi.Seorang yang tegas dalam tugas tetapi lembut dalam berbicara.Boleh di ajak berbincang dan memberi nasihat yang amat terbaik.Aku bersama beliau sudah hampir 8 tahun.Banyak asam garam yang telah ku lalui bersama beliau.Aku amat menghormati beliau,yang berani berpenderian dan berwawasan.
Rakan Dari Unit Perkhidmatan Pn.Nurul Intan Hidayu, seorang yang mudah memberi senyuman , amat berbudi bahasa, menghormati dan seorang insan yang boleh di ibarat pokok mangga dibaling batu dibalas buah.
Seorang lagi rakan ditempat kerja, kalau terjumpa pasti dia mengusik dan bertanya khabar, Kuat ketawa dan mudah didekati, mudah senyum .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan