Rabu, 2 April 2014

Bersama Bunian.....Part-1


Bersama Sekelas Makluk Bunian


Peristiwa ini berlaku sekitar pada tahun 2001.Aku mengambil kerja part time disebuah bangunan Yayasan Melaka.Habis aje kerja ku di MPPM jam 5.00 ptg , aku balik rumah mandi dan makan rehat sekejap dan terus pergi kerja part- time.
Aku bertugas menjaga kebersihan dan sekitar kawasan kelas malam d iBangunan Yayasan Melaka ketika itu di Jalan Hang Tuah (sekarang Hang Tuah Mall).Dalam seminggu  mereka akan menggunakan kelas itu dari hari rabu hingga Jumaat.Ditingkat tujuh Bangunan Yayasan.Jumlah kelas mereka gunakan dalam 3 buah sahaja.

Pada satu hari , khamis malam Jumaat terjadilah satu cerita yang benar dan ia benar-benar berlaku pada diri ku .Biasanya aku mulakan kerja dari jam 7.00 mlm hingga 10.30 mlm.tetapi malam itu adalah malam Jumaat.Kebetulan malam itu aku pergi kerja menaiki motor saja.

Bermulalah ceritanya.jam di dinding menanda hampir jam 10.30.Tiba-tiba datanglah seorang lelaki dan perempuan yang usia agak dewasa dalam lingkungan 30an.Mereka terus berjumpa dengan ku, dengan meminta izin, menyatakan malam ni boleh tak awak balik lewat sikit dalam jam 11.30 atau jam 12.00 tgh malam.
           Alamak ........! Kata ku..Encik saya tinggal jauh dan malam ni saya naik motor saja.Tetapi mereka tetap merayu, alasan mereka, mereka perlu siapkan bahan yang penting dalam pembelajarannya.Esok pagi mereka kena hantar pada pensyarahnya bahan tersebut.
aku.....pun tak sampai hati.Aku pun berkata ok lah encik...tapi malam ni saja...ye!

Mereka pun tersenyum sesama sendiri dan ucapkan terima kasih pada ku.
mereka pun masuk kelas semula.aku terasa harum dan wangi sangat.minyak wangi apa ni mereka pakai dan aku terus sambung kerja ku ambil penyapu untuk di letakkan di hujung sudut kelas.Aku melintasi  kelas mereka.Aku ternampak.....hei....ramainya dalam kelas ni...mereka bawa anak-anak sekali ke ? .he tak pernah-pernah belajar malam bawa anak-anak.kata ku di dalam hati.Dan aku nampak anak-anak mereka  berlari kesane kesini di dalam kelas.Usia anak-anak mereka dalam lingkungan 7,8, tahun.Dan aku pun teruskan pergi kehujung sudut itu untuk meletakan  penyapu.Dalam masa yang sama dua kelas lagi telah habis belajar dan mereka dah pun balik.

Cuma kelas yang tengah ini saja yang sambung masa.
Tiba-tiba aku patah balik untuk mengambil barang tertinggal (plastik hitam bag sampah)dan aku lalui tempat yang sama tadi di tepi kelas yang ramai kanak-kanak tadi.
aku terperanjat gila......tiba-tiba seorang pun tak ada lagi dalam kelas hanya dalam 15 saat aku berjalan kehujung kelas itu.Hei...aku berkata di dalam hati...mane perginya mereka semua ni....biar betul.
kalau mereka keluarpun mesti lalu depan aku.Terus aku pergi ke lif mencari mereka dan aku terus kebawah tingkat bawah berjumpa dengan pengawal dan bertanyakan.ada nampak sesiapa turun tak ?.mereka kata , da lama jam 10.30 tadi, ini dah jam 11.30...kata pengawal itu lagi.
Tiba-tiba bulu roma aku mengemang dan terasa takut dan seram....
kata pengawal tu yang dalam keadaan terkejut juga....kau ni beruntung lah....dapat bertemu dengan ramai bunian (dalam satu kumpulan).bunian !...kata ku.....(yang tadi tu orang bunian ke?) kata ku didalam hati.

Kata pengawal tu lagi Bangunan ini memang ada makluk halus (Bunian).Kata mereka , mereka juga pernah bertembung dengan orang bunian tapi seorang-seorang sahaja.Katanya lagi..kekadang bau sedap seperti masakan mee rebus , masak kari merebak sekitar jam 12.00 tengah malam ke atas.(terutama malam jumaat)

Pernah juga pengawal tu kata dia ternampak ada perempuan menyikat rambut di tingkat sembilan.
Jadi dalam kesimpulan....aku ni bertuah juga dapat bertemu dengan mereka dalam kumpulan yang ramai dan tidak menggangu aku.Aku bersyukur sangat kepada Allah di atas kebesarannya.

Wajah-wajah mereka semua putih-putih belaka dan cantik.anak-anak mereka pun sama cantik.
itulah cerita tu ....semoga apa yang aku cerita ni terpulang pada korang untuk mempercayainya.Dan aku rasa bertuah sangat.....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan