Aura Mimpiku.........
Mimpi Ku Benar...........
Itu lah tajuknya yang hendak ku kongsikan pada korang .Terima kasih ku ucapkan pada korang semua, kerana sudi dan melihat isi kandung blog ku ini yang tak seberapa.
Kali ini aku ingin kongsikan mengenai bab mimpi.Kadang-kadang ia baik untuk ku dan ada masa aku merasa takut pula dengan mimpi ku.Kerana ia pasti berlaku.Isteri dan anak-anak ku jangan nak cakap bohong atau menipu.Aku pasti dapat tahu dalam mimpi ku apa saja yang dibuat itu yang tak betul.
Aku pernah rujuk kepada 2 orang ustaz dan 2 orang ustaz lagi yang pandai mengubati orang.Aku takutlah jika ada yang berdamping dengan ku.Tapi kata mereka yang aku ni bertuah, Allah anugerahkan keistimewaan kepada ku.Aku beri contoh, memang korang tak percaya.Aku mimpi Saddam Husein kena bunuh, jambatan baru dari Fajar ke Tesco, Air terjun di bukit baru .Apa yang aku bermimpi itu semuanya belum terjadi atau dibuat lagi.Jadi ada satu lagi mimpi aku belum terjadi lagi, iaitu negara kita kena serang dengan kapal terbang yang terbang rendah sambil menembak membabi-buta.
Aku pernah bermimpi Tun Mahathir berjumpa dengan dan berkata ' Saya nak letak jawatanlah, penat dan letih ,saya nak berehat."itulah kata-katanya.Pada masa tu beliau masih hebat dan masih memegang jawatan lagi.Aku memberi tahu kepada kawan dan rakan akan mimpi aku itu.mereka kata kau gila PM nak letak jawatan.Dan sekarng ternyata mimpi aku benar.
Setiap mimpi aku pasti catitkan dalam dairi setiap tahun.Aku akan beri contoh mimpi-mimpi aku yang sudah terjadi atau ia beri petanda sesuatu akan berlaku.
1.Aku bermimpi kakak ipar ku datang berjumpa dengan ku dengan keadaan menanggis.aku bertanyakan.Mane abang ?
a)Pada esoknya aku maklumkan kepada isteri ku akan mimpi ku itu.Dan aku mengajak isteri ku kerumahnya , mungkin dia sakit atau ada yang tak kena.Tapi aku pula rasa masa tak sehat dan badan bisa-bisa.Aku bermimpi hari rabu malam dan abang ku meninggal pada hari Jumaat,Aku terkilan tak sempat jumpanya.
2.Aku bermimpi aku menyusun kuih yang banyak dan tiba-tiba kuih tu bertukar menjadi duit yang banyak.
b)Rupanya esok Ibu kesayangan ku meninggal dunia.Duit dan kuih bermaksud akan ada kenduri .Ibu ku meninggal pada 3/2/96 dan aku baru sambut harijadiku bersamanya 2/2/96.
3.Aku bermimpi ternampak ada ramai kaum perempuan keluar dari hutan memakai tudung dan berjalan berdua-dua.Dan ada seorang lelaki tua sedang mengutip bunga-bunga.Aku bertanya kepada orang tua tu.buat apa pakcik kutip bunga dan kenapa ada ramai kaum perempuan ni.Katanya ada kematian pada esok hari.(kakakku yang pakai tudung merah)
c) Rupanya kakak ku meninggal dunia pada usia 49 tahun.Cerita cara dia meninggal amat sedih.Ia pergi ke Hospital Melaka dengan suaminya.rancak ia berbual dengan suami dia.Dan suami dia turunkan dan suaminya pergi packing kereta.Rupanya itulah pertemuan terakhir.Dia masuk wad aje dia koma dan meninggal dunia.Aku telah dimaklumkan 2 hari lepas,tapi aku merasa badan bisa2 dan letih semacam.Aku pun tak sempat jumpa kakak ku semasa dia nazak.
4.Aku pernah bermimpi ada orang datang rumah minta segelas susu.Seorang lelaki yang aku kenali.
d) Rupanya esok rumah ku dipecah masuk dan mengambil barang2 dengan orang yang sama.Aku bercerita dengan polis mimpi ku itu.Polis tu terus tangkap orang itu dn dia mengaku.
5.Aku bermimpi buah nangka jatuh dari pokoknya.
e)Esok harinya ,aku memang ada menanam sebatang pokok nangka.Berbuah sebiji aje.Baru belajar berbuah.Aku panggil isteri ku dan dan maklumkan mimpi ku itu.dalam jam 3.30 petang betul2 buah nangka tu jatuh sendiri dari tangkainya ,rupanya da masak.
6.Pernah aku mimpi anak jiranku terjun dari bangunan untuk membunuh diri.
f) Pada esoknya aku melihat berita di Tv ,ada seorang gadis cuba membunuh diri dengan terjun dari bangunan.iras gadis tu sama dengan mimpi ku.Tersenyum aku bila difikirkan mimpi2 aku ni.
Banyaklah mimpi-mimpi aku ni.Nak katakan setiap hari aku bermimpi.Naik letih badan.sebab semasa kita tidur dan bermimpi ,roh kita bergerak seperti apa yang kita mimpi.Kalau aku ada mohon sesuatu, temuduga,masuk peraduan,ada duit nak masuk esok,apa saja , aku akan dapat mimpi terlebih dahulu atau jawapannya.
Dan yang paling menarik dalam mimpi ku itu, ia maklumkan orang-orang ni kena berhati-hati ia akan memberi gambaran wajah atau rakan-rakan di tempat kerja.Orang ni bolih percaya atau tidak.Kawan makan kawan semuanya ia akan beri petunjuk.Ini semua dengan izin Allah.Tak ada yang lebih darinya.
Aku juga bolehlah dikatakan (Pandai Baca,bolehlah) No.K/p orang , tandatangan , Nama , Aura muka orang tu.No.rumah , nama pasangan , cari barang hilang atau terlupa ,No.kereta ,No. Motor .kalau betul apa yang aku buat terjadi dan benar itu semua hanya kebetulan saja .Apa semuanya Allah yang lebih mengetahui Allah yang lebih berkuasa.
Pernah dua kali aku dapat mimpi yang kawan aku kena pukau dan curi dan rumah dimasuki pencuri dan mangsa kena ikat.Masa aku mimpi tu selang 2,3 hari baru ia berlaku.Jadi aku nak jumpa orang yang bakal disamun atau dipukau tak di izinkan oleh keadaan.Ada aje halangan untuk memaklumkan kepada mangsa itu agar bersedia.hinggalah ia berlaku apa yang aku mimpikan.Yang best tu aku dapat lihat wajah-wajah pencuri atau perompak tu dalam mimpi aku.Kadang-kadang aku beri kerjasama dengan pihak polis mereka melukis langkaran wajah-wajah pencuri.Ada yang membantu polis berjaya ditangkap.Entahlah korang nak percaya terpulanglah.
7) 4/5/2014 aku bermimpi Suhailah rakan tempat kerjaku ,dalam mimpi ia memberi gambaran suhailah nampak mcm tak sehat lemah ,dan ia berada di dalam bilik (KU) ia terbaring atas simen.Dalam keadaan bilik yg gelap,gambaran seperti gambar di atas.
8) 5/5/2014 aku bermimpi lagi, berturut-turut 2 mlm aku mimpi dia.Ini bermakna ada mesej nak disampaikan dalam mimpi aku itu.Aku mimpi su dapat surat tukar ke unit lain.Bagi ku itu petanda baik.
Aku ingin menguji mimpi ku.ada yang tak kena akan datang pada beliau, mungkin beliau sakit atau keluarga terdekat yang melibatkan dirinya.Dan mimpi ke 2 petanda baik .Biasanya mimpiku (99.9 tepat )akan terbukti selepas 24 jam, 3 hari, 7 hari ,15 hari , sebulan atau 3 bulan.
1.Hari ini 6/5/2014 dan 7/5/2014 (2 Hari EL) Suhailah (EL) tak datang kerja, katanya anaknya tak sehat .
2.Hari ini pula 14/5/2014 mimpi ku yang ke dua terjadi (dalam masa 10 hari terbukti mimpiku)Suhailah mendapat berita baik, yang beliau di anugerahkan APC.Tahniah
Jadi kesimpulan mimpi ku bagi ku benar.Aku bukan taksup atau membangga, aku tak nak lari dari akidah pegangganku.Itu semua satu kebetulan sahaja.Korang fikir-fikirkan......lah.
Alhamdulillah...rupanya sahabat saya ni dianugerahkan kelebihan dr Allah..semoga En.Ramlan diberikan kesihatan yg baik dan rezeki yg berpanjangan...Aamiin
BalasPadamAlhamdulillah...rupanya sahabat saya ni dianugerahkan kelebihan dr Allah..semoga En.Ramlan diberikan kesihatan yg baik dan rezeki yg berpanjangan...Aamiin
BalasPadam