Jumaat, 4 April 2014

Cerita Benar part-2

kalau tak cukup ilmu............


Sekitar tahun 1990, aku di kejutkan dengan berita sedih, bahawa sepupu ku telah mengalami kemalangan di Pahang.Dan meninggal dunia.Dengar cerita dia suka ikut kawannya menghantar barang-barang seperti beras, jagung dan lain-lain.Dapatlah dia duit tambahan bagi menampung pebelanjaan keluarganya.Dia dah berkeluarga dan menpunyai dua orang anak.


    Selepas ia kemalangan, lori yang dinaiki terbalik dan dia tertimbus dengan barang muatan jagung didalam guni.Hampir 2 jam mereka mencarinya.Rupanya ia meninggal dunia akibat sesak nafas di sebabkan terhimpit guni-guni jagung tersebut.Dan Mayatnya di bawa pulang ke Melaka.


Selepas mayatnya di bawa pulang ke Melaka di kampung isterinya di Batu Berendam , Aku ingin mengambil kesempatan membantu para Imam dan bilal  membantu memandikan mayat sepupu ku itu.Kebetulan pula masa ia berkhawin , aku lah pengapitnya dari majlis nikah hinggalah majlis  persandingan .Jadi tak salah lah kalau aku membantu Imam tu memandikan jenazah sepupu aku.Sambil imam dan bilal membersihkan Aku pun dengan banganya memegang getah air paip menyiram mayat itu.sambil aku siram makin banyak pula darah yang keluar dari hidung,mata dan telinganya.Aku da mula rasa seram sikit.


Wajahnya pula berubah ,bukan seperti wajahnya.Tubuh mayatnya tak ada apa-apa patah, cuma lebam-lebam aje.Ya allah..kuatkan lah iman aku ini.makin banyak aku siram makin banyak pula darah yang keluar.


selesai saja , mayat tu pun di kafankan secepat mungkin dan terus di kebumikan.Jadi bermulalah cerita ku.

Aku pun balik lah kerumah dan bersihkan diri (Mandi).ketika aku mandi ..Ya allah banyangan sepupu ku yang meninggal tadi menjelma di sebelah ku.Bila ku tutup aje mata ketika mandi, masa tu lah ia menjelma.Uuuuuuuu...cepat-cepat aku tutup air paip dan berhenti mandi.


Di sebelah malam pula masa aku nak tidur.....tiba-tiba ia menjelma lagi disebelah ku.Pada hal sebelah ku isteri ku.....Asal aku tutup mata aje ia ada di sebelah....bila aku buka mata ,aku nampak isteri ku .Bila tutup pula wajahnya dan tubuh mayat sepupu ku siap dengan rupa dah siap kafan.


bayangkan......dalam seminggu aku alami peristiwa ganguan itu.Dan Isteri ku bawa ku pergi berubat kampung.Kata tukang ubat tu kepada ku....tu lah lain kali jangan pandai-pandai terjah...tak beri salam dan tak cukup ilmu.


semenjak tu lah ...sekarang ni aku fobia jika ada kematian , boleh membantu tapi biarlah kena caranya.jangan pakai terjah aje........

Semogo roh sepupu ku di rahmati allah dan  di ditempatkan bersama para-para sahabat rasullah.dan kita sama-sama lah kita sedekahkan al-fatiah kepada beliau.....Al-fatiah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan