Khamis, 10 April 2014

Majlis Perkahwinan

 Ini Kakak kesayangan ku , kami hanya tinggal 3 beradik saja (4 orang telah meninggal)

Mohd.Arif dan Adiknya Nor Amerah 

Hari Paling Bahgia


Pada tarikh 30/3/2013 aku mengadakan majlis perkahwinan  kedua-dua anak kesayangan ku dan buat pertama kali nya majlis sebesar ini di adakan.


Sungguh mencabar dan mendebarkan, macam-macam terfikir nak buat tu nak buat ni.Apa entah lagi aku yang yang tiada pengalaman.

Aku pernah bertanya kepada abang ipar ku, berapa belanja jika mengadakan majlis perkhawinan.Katanya alah dalam rm10k atau rm13k...kata abang iparku"

Tapi bila dihitung setelah selesai semua , belanjanya mencicah hampir rm30K.......wauuuuuuu.Tapi memang berbaloi....dan rasa puas hati sanggat.semuanya beri kerjasama.

Aku bersyukur kepada Allah diatas nikmat dan limpah


 rezekinya dan di permudahkan.

Cuaca yang baik dan semuanya berjalan lancar.Cuma yang pelik lidah ku tidak dapat rasa satu pun masakan di majlis perkhwinan rumah ku sendiri.Tak tahu lah sedap ke atau tidak, tetamu yang merasakan.

 Ini lah Menantu lelaki ku.sama padan dengan anak ku.semoga berkekalan sehingga keakhir hayat.bersabarlah menghadapi ombak dan duri ribut dan taufan berumah tangga.

 Ini pula anak kesayangan ku juga Mohd Arif melansungan majlis pada hari yang sama...dengan pilihannya.

 Wajah seorang ayah yang betungkus lumus menjayakan majlis ini berjalan lancar dengan izin Allah jua ia berjaya .

 Wajah seorang Ibu yang sanggup berkorban apa saja demi anak-anak,Wahai anak-anak ku ,jika ayah tiada lagi jagalah ibumu dengan penuh kasih sayang seperti mane ayah menjaganya,Ia seorang surirumah yang rajin.Dan seorang Ibu yang baik.

Jangan sesakali menyakiti hati dan perasaannya.Ibu hanya satu saja di dunia ini, tiada dua atau tiga.Pastikan air matanya tidak jatuh ke bumi di atas kejahilan mu.Dengarlah nasihatnya dan bertutur lah dengan nada yang lembut...



 Inilah keluarga ku bersama tiga menantu.

 

 Anak bungsu kesayangan ku juga tak duduk diam, sering membantu dan orang yang paling rajin dalam rumah ku.Dia juga kadang kala membuat aku menanggis.

 Ini bapa mentua ku Abdul Latip, yang sudi hadir dan membantu dalam segala hal.

Majlis Memotong Kek 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan