Cerita benar part-3
Rm4.00
Kisah ini berlaku dalam tahun 2000, Masa tu aku bertugas di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.Aku bertugas disana hampir 17 tahun lebih.
Negeri Melaka pesat membangun dengan perancangan yang teratur oleh YB Ketua Menteri.Pada suatu hari datang seorang pensyarah yang telah biasa dengan ku.Pensyarah ini orang sangat baik dan suka tolong orang.
Tetapi ada masa ia agak pelik sikit.Siapa yang faham keadaan dan kenal isi hatinya ,biasa baginya, Tapi bagi aku pula agak luar biasa.Ia datang berjumpa denganku dan bertanya ,
Lan hari ni awak balik jam berapa ? dan boleh tolong saya tak selepas awak habis kerja nanti.
aku pun menjawab insyallah tuan......... aku pun dah banyak makan budi beliau.
dia kata petang minta tolong angkat kayu dan papan2 dimane beliau telah membeli sebuah rumah telah dirobohkan untuk pembesaran jalan di hadapan Masjid Al Azim.Aku terpaksa kata ya!
Dengan baju kerja yang lengkap tak sempat balik rumah lagi, aku pun mengangkat lah sorang2 untuk dimuatkan ke atas lori yang sedia ada.Drevar lori relex aje tak tolong pun.
rasa macam nak mati ....bayangkan kayu sebuah rumah.Basah kuyup baju aku dengan titisan peluh jantan.
Hampir dua jam aku mengisinya didalam lori.
Bila dah habis aku pun ikut lori tu menghantarnya ke duyong pula untuk memunggah kayu-kayu tadi.
dan tiba masanya untuk menerima ganjaran bayaran upah....agak-agaknya berapalah aku dapat ni.penat ni, paling-paling tidak pun rm50 atau baik hati sikit mungkin rm100.Aku mula berangan-angan.
Dia pun tanya...ok lan terima kasih banyak.ok awak kalau ot di maktab berape satu jam awak dapat.aku ni memang seorang jujur dan telus.Aku pun cakap satu jam rm2.00 ketika itu.ohhhhh...awk tadi ot dua jam.
ok lah saya kasi upah ini...rm4.00 (untuk 2 jam)
aku macam nak menangis bila terima upah tersebut.Kerja mcm nak mati (tak mati pun) itulah asam garam kehidupan.walau bagimane pun aku bersyukur pada Allah di atas nikmat dan rezeki yang di beri.
Kesian ko Ramlan...rm4...beli air 2 bungkus utk 2 jam pnya keje pn x lepas...hanya Allah yg akan membalasnya..
BalasPadam