Khamis, 7 Ogos 2014

Raya 2014

Raya yang paling sederhana tetapi penuh dengan rahmat Allah

Salam Aidilfitri dari ku dan keluarga ku untuk semua pembaca blog yang ku kasihi.

Tahun ini aku menyambut raya hanya dengan amat kesedarhanaan.Tahun ini aku tidak membeli baju raya , tak  cat rumah dan pakai di pagi raya tidak sedondon seperti mane di tahun-tahun yang lepas.Dan juga tidak bergambar sekeluarga.

Tetapi rahmat allah amat besar.Bagi kami sekeluarga amat merasinya.Tidak seperti tahun-tahun  yang berlalu.Walaupun kami tidak semewah orang lain menyambut raya, tetapi kami diberi rahmat.

Rahmatnya ialah ditahun ini kami beraya bersama semua anak-anak,menantu-menantu , cucu-cucu .Yang paling bermakna anak kami Mohd.Arif yang belayar keluar negara.Ini lah pertama kali beliau beraya bersama kami dengan isteri dan anak pertamanya.Aku terpegun dengan kebesaran Allah dan nikmat rahmatnya.

Seperti biasa di pagi raya ,sembahyang  raya ,bersalaman bersama keluarga, linangan  air mata tak dapat di pisahkan.Seronok dapat duit raya dari anak-anak. Dan berkunjung ke rumah mentua dan  ke rumah kakak dan kakak ipar..  

 

Tiga hari raya aku membuat majlis rumah terbuka untuk keluarga kedua belah.Menunya: Masak asam pedas tetel , sambal udang petai ,Sambal belacan ,Ikan bakar 3 jenis , ayam ,kambing dan ketam pangang , ulam-ulam ,Soto , mee hoon sop , mee hoon goreng dan kuih raya.

 

Pada mulanya dibuat untuk kakak ku dan sebelah isteri ku , jam 12.30 sampailah orang yang tidak di undang .8 buah kereta dari KL dan Melaka.Yang seronok mereka ini dikata mulut longkang dari usia 10 tahun sampailah usia 80 tahun, semuanya mulut longkang, siap berpantun menjual dan membeli.Carut mencarut jangan cakap lah.Tapi itulah yang membuat seronok bila mereka datang.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan