Khamis, 4 Disember 2014

aura mimpi ku benar -part 3

Pada awal bulan november 2014 , aku sekali lagi bermimpi

mimpiku kali ini iaitu aku bermimpikan KS ku.Dalam mimpi itu mengambarkan KS ku terbaring di atas lantai yang tiada bermeja dan berkerusi.

Aku kecemasan keika itu , dan sempat bertanya kepada puan KS, beliau berkata "ramlan awak cari balik meja dan kerusi saya suruh mereka pulangkan.

dan selepas alam nyata selang 2 hari aku memaklumkan kepada KS mengenai mimpi ku itu.KS ku bertanya apa maksudnya.Kata ku puan mugkin ditawarkan jawatan baru atau puan ditukarkan ketampat lain.

 

rupanya mimpi ku itu benar , tak lama tu KS ku mendapat surat tawaran ke gred 52, tetapi di tempatkan di putrajaya.dipendikkan cerita KS aku menolak tawaran itu.Ini bermakna mimpi ku benar2 berlaku, namun itu semua kebetulan.

Isnin, 22 September 2014

Taman halamanku Part 5

 Sebahagian  pantun yang ada di taman halamanku

 Bunga Kemboja mekar segar

 Pintu Masuk Utama untuk ke halamanku dengan di sulami bunga kenanga yang harum merbak

Taman Idea...itulah nama tuah bagi ku

 Permainan congkak sentiasa menanti 

 Beginilah suasana di waktu malam...cantik tak


 Suasana yang menyenangkan



Khamis, 4 September 2014

Taman Halamanku Part .4

 Bunga Teratai , Bunga ini sangat unik  .Pagi ia berkembang dan senja ia akan kuncup semula, seminggu lima kali, Barulah bunga itu layu dan mati.Dan tumbuh bunga yang baru..pula.Unik kan !

 Ini Halamanku yang paling terbaru.......duduk2 dapat idea......

 Disamping duduk2 ada kata-kata yang mungkin menyentuh perasaan anda.....

 Dedaun yang cantik dan Unik........Ciptaan Allah


 Perasaan tak sejenis pokok menyerupai rama-rama.......aku terjumpa pokok ini di belakang rumah.nampak cantik dan pelik sikit.Tapi di rumahku ada sejenis aje.

 

 Ada Menara KLIA, Menara Petronas , Rumah Tumpangan , Kapal dan Tongkang.....suka2 aje.....

 

  Ok tak...korang tengok.....boleh lah...tentu dalam hati korang berkata begitu.....he.he.jgn marah...

Pintu Utama Ke taman halamanku.........

Isnin, 18 Ogos 2014

Raya 2/2014

Musim raya 2014

Kami sempat berkunjung kerumah Pn.Suhailah di Tanjung , aku dan keluarga ku dapat merasai makanan yang disediakan,Kebetulan kami semua memang belum makan, Apa lagi dia hidangkan lauk kesukaan ku,

masak asam keladai, ikan cencaru goreng , ikan parang masak asam pedas sayur asin ,sambal petai, wou.....

memang sedap.Aku ni orang nya agak cerewet sikit, bukan semua rumah aku makan, walau pun rumah kakak ku sendiri.

Ini semua di Majlis Jamuan Hari Raya di BTP Melaka anjuran Jpn.

gambar-gambar di atas ni adalah orang-orang penting, kalau mereka tak ada, tak dapat aku nak bayangkan.Mereka semua bersatu hati ,memberi kerjasama yang begitu erat sekali.Yang tak hadir dalam majlis ini kawan baik ku ,Norfazlin dan Mohd Zaki.Beliau berdua tidak sehat.

 Majlis rumah terbuka rumah sepupu isteri ku (Zainab) wou....mcm majlis kerja kahwin tak cukup tempat duduk, Ada 3 khemah.Bayangkan masak lemak siput sedut aje 1 periuk besar mcm periuk masak nasi orang kahwin ,Kupang goreng cili, kambing, Ikan pari bakar dll.Beliau setiap tahun buat majlis memang gila-gila.Maklumlah beliau juga berniaga di Pasar Besar Melaka.Ini lah rumah terbuka raya yang terhebat dalam tahun 2014.

Syaiful menyambut hari jadinya pada 22/8/2014 sempena majlis Jamuan Hari Raya SPMICT

  Ini lah dia rakan-rakan di SPMICT 2014

 Sempat juga Nur Efada bergambar bersamaku.....Buat Kenangan katakan

 Ni baru lepas gaduh ni...........Suhailah.....Gaduh2 juga...tapi baju dia pakai nampak cantik

 

Khamis, 7 Ogos 2014

Raya 2014

Raya yang paling sederhana tetapi penuh dengan rahmat Allah

Salam Aidilfitri dari ku dan keluarga ku untuk semua pembaca blog yang ku kasihi.

Tahun ini aku menyambut raya hanya dengan amat kesedarhanaan.Tahun ini aku tidak membeli baju raya , tak  cat rumah dan pakai di pagi raya tidak sedondon seperti mane di tahun-tahun yang lepas.Dan juga tidak bergambar sekeluarga.

Tetapi rahmat allah amat besar.Bagi kami sekeluarga amat merasinya.Tidak seperti tahun-tahun  yang berlalu.Walaupun kami tidak semewah orang lain menyambut raya, tetapi kami diberi rahmat.

Rahmatnya ialah ditahun ini kami beraya bersama semua anak-anak,menantu-menantu , cucu-cucu .Yang paling bermakna anak kami Mohd.Arif yang belayar keluar negara.Ini lah pertama kali beliau beraya bersama kami dengan isteri dan anak pertamanya.Aku terpegun dengan kebesaran Allah dan nikmat rahmatnya.

Seperti biasa di pagi raya ,sembahyang  raya ,bersalaman bersama keluarga, linangan  air mata tak dapat di pisahkan.Seronok dapat duit raya dari anak-anak. Dan berkunjung ke rumah mentua dan  ke rumah kakak dan kakak ipar..  

 

Tiga hari raya aku membuat majlis rumah terbuka untuk keluarga kedua belah.Menunya: Masak asam pedas tetel , sambal udang petai ,Sambal belacan ,Ikan bakar 3 jenis , ayam ,kambing dan ketam pangang , ulam-ulam ,Soto , mee hoon sop , mee hoon goreng dan kuih raya.

 

Pada mulanya dibuat untuk kakak ku dan sebelah isteri ku , jam 12.30 sampailah orang yang tidak di undang .8 buah kereta dari KL dan Melaka.Yang seronok mereka ini dikata mulut longkang dari usia 10 tahun sampailah usia 80 tahun, semuanya mulut longkang, siap berpantun menjual dan membeli.Carut mencarut jangan cakap lah.Tapi itulah yang membuat seronok bila mereka datang.

 

 

Rabu, 6 Ogos 2014

Zainab yang bernama

Zainab Binti Abdul Latip

Pada 22.7.2014 genaplah usia perkahwinanku ke 30 tahun.Kami berkahwin pada 22.7.1984 dan di kurniakan 5 orang anak, Seorang meninggal  dalam usia 7 bulan (lelaki).Dan yang ada sekarang dua perempuan dua lelaki.Tiga orang telah berkahwin.Apa yang terpapar ini bukan lah hendak menunjuk tetapi ingin berkongsi apa yang baik.


































Nak capai usia ke 30 bukanlah mudah .banyak kesabaran  tolak ansur dan menelan apa yang pahit dan akan merasa apa yang manis akhirnya.Berumahtangga ni dengar ,memang indah dan mudah, tetapi untuk mengendalikan bukanlah semudah sebuah ungkapan.Ia bagaikan sebuah kapal yang di perbuat daripada  kayu ,berlayar jauh tanpa menggunakan enjin, ia bergerak hanya menggunakan kudrat .......bayangkan lah.

Dengan angin ,hujan , ribut, ombak,panas dan berbagai2 lagi dugaan yang harus ditempuhi.Jangan sekali-kali terniat atau mencuba dan terlintas perkataan CERAI.Walau marah kita macam mane pun bersabarlah itu adalah penawar yang paling baik.Kekadang terasa tercabar.....tetapi kita sebagai lelaki ego tidak dapat di pisahkan.Cuba anda bayangkan masa mula kenal dan terasa sayang.Kita mesti menghormati insan yang sanggup berkongsi susah senang .Jangan pentingkan diri sendiri.Itu amanah Allah.

Beliau dilahirkan pada 4.5.1966.Boleh dikatakan sangat rajin membuat apa saja,terutama mengemas rumahtangga, setiap insan ada kelebihan dan kekurangan.Yang kurang tak payah lah diceritakan.Anak sulong dari enam adik beradik, semua adik beradiknya  bermula huruf Z.

 

Aku mengenali Zainab Abdul Latip 31 tahun dahulu dengan terjadinya sebuah pertolongan dari hati yang ikhlas ku sendiri.Pada hal aku sudahpun berpunya (bertunang).Itu pun bukan pilihan ku, tetapi pilihan bekas tunang ku sendiri .Aku ni masih muda dulu ramai juga peminat.Dah tua ni pula lagi ramai peminat.....Sabar aje....kau

Ketika itu aku berkerja di Singapore dan mendapat berita ibu ku sakit minta ku balik segera keMelaka.Itu pun semasa didalam bas express yang ku naiki untuk balik ke Melaka ada juga insan yang ingin mengenali ku.Tapi aku pendikkan cerita gadis yang aku jumpa didalam bas itu telah menggunakan ilmu pengasih semasa dia mengajak ku berjumpa Ibunya di Melaka (Kampong Bachang Melaka)

Bila aku sudah berada didepan ibuku, rupanya ibuku suruh ku bekerja saja di Melaka.

Aku pun dapat bekerja di Perhentian Teksi Melaka.Yang peliknya aku mendapat gaji untuk satu hari 4 majikan ini bermakna aku mendapat 4 gaji dalam satu masa.Bayangkan aku boleh bermain kutu (Duit Kutu) sehari  aku boleh bayar rm100.Kutu harian.Orang lain main kutu bayar sebulan sekali.

Waktu bekerja dari jam 7.00 mlm hingga jam 7.00 pg esoknya.

           Bermulalah bagaimana aku mengenali Zainab Abdul Latip.Salah satu tugas ku ,menerima panggilan pelanggan yang ingin menggunakan Teksi di waktu malam.Di belakang tempat aku berkerja terdapat sebuah restoran yang agak terkenal juga di Melaka.

 Tiba-tiba aku mendapat satu panggilan dari seorang perempuan yang agak berumur,(kenal Suara orang dah berumur) ia meminta tolong sampaikan pesan kepada majikan  restoran itu balik kerumahnya segera , katanya dia tidak sehat.Aku dengan pantas tanpa mengenali siapa orang itu, menawarkan diri, " makcik tidak sehat ke....kalau makcik tak sehat saya boleh bawakan makcik ke klinik sekarang"tetapi makcik itu menolak dia tak nak menyusahkan aku.Dan selepas itu makcik  atau anak-anaknya  kerap telefon ku untuk minta tolongkan sampaikan pesanan kepada majikan restoran tersebut.

Rupanya makcik itu isteri kepada majikan restoran tersebut.dan aku pendikkan cerita makcik tu sekarang adalah Ibu mentua ku ,Ibu kepada Zainab Abdul Latip.Dan Zainab pada masa itu juga ada sebuah kedai sendiri menjual buku-buku tak jauh dari tempat kerjaku.

Pernah aku dipelawa datang kekedainya,masa itu aku belum pernah melihat wajahnya, katanya jika ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi, datanglah kekedainya.aku pun pergilah ke kedainya dan melihat wajahnya buat pertama kali.(Buat-buat beli gula-gula dan bertanya ini Zainab ke.Aduh.......Kata ku didalam hati "alah tak cantiklah............"

Tapi itulah yang menjadi isteri ku hingga sekarang........................dan hingga ke akhir hayatku.

Kesimpulannya.....musabahkan diri dulu ,jangan pandang luaran sahaja.

Khamis, 12 Jun 2014

Cerita benar part-3

 Rm4.00

Kisah ini berlaku dalam tahun 2000, Masa tu aku bertugas di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.Aku bertugas disana hampir 17 tahun lebih.


Negeri Melaka pesat membangun dengan perancangan yang teratur oleh YB Ketua Menteri.Pada suatu hari datang seorang pensyarah yang telah biasa dengan ku.Pensyarah ini orang sangat baik dan suka tolong orang.

Tetapi ada masa ia agak pelik sikit.Siapa yang faham keadaan dan kenal isi hatinya ,biasa baginya, Tapi bagi aku pula agak luar biasa.Ia datang berjumpa denganku dan bertanya ,

Lan hari ni awak balik jam berapa ? dan boleh tolong saya tak selepas awak habis kerja nanti.

aku pun menjawab insyallah tuan......... aku pun dah banyak makan budi beliau.

dia kata petang minta tolong angkat kayu dan papan2 dimane beliau telah membeli sebuah rumah telah dirobohkan untuk pembesaran jalan di hadapan Masjid Al Azim.Aku terpaksa kata ya!



Dengan baju kerja yang lengkap tak sempat balik rumah lagi, aku pun mengangkat lah sorang2 untuk dimuatkan ke atas lori yang sedia ada.Drevar lori relex aje tak tolong pun.

rasa macam nak mati ....bayangkan kayu sebuah rumah.Basah kuyup baju aku dengan titisan peluh jantan.

Hampir dua jam aku mengisinya didalam lori.


Bila dah habis aku pun ikut lori tu menghantarnya ke duyong pula untuk memunggah kayu-kayu tadi.

dan tiba masanya untuk menerima ganjaran bayaran upah....agak-agaknya berapalah aku dapat ni.penat ni, paling-paling tidak pun rm50 atau baik hati sikit mungkin rm100.Aku mula berangan-angan.

Dia pun tanya...ok lan terima kasih banyak.ok awak kalau ot di maktab berape satu jam awak dapat.aku ni memang seorang jujur dan telus.Aku pun cakap satu jam rm2.00 ketika itu.ohhhhh...awk tadi ot dua jam.

ok lah saya kasi upah ini...rm4.00 (untuk 2 jam)



aku macam nak menangis bila terima upah tersebut.Kerja mcm nak mati (tak mati pun) itulah asam garam kehidupan.walau bagimane pun aku bersyukur pada Allah di atas nikmat dan rezeki yang di beri.

Rabu, 11 Jun 2014

aura mimpi part -2

Pada 8hb Jun 2014 aku bermimpi , aku bersama En.Zulhazmi rakan satu pejabat.Ada sebuah kapal terbang yang agak pelik bentuknya.Kapal terbang berbentuk seperti Y ,sangat besar mcm boeing Airbus 777 .Gambar diatas sebagai contoh bentuknya.Dalam mimpi itu En.Zul kena pandu terbangkan pesawat itu yang berada disebuah bandar dengan kesesakan orang ramai.Ramai orang marah kerana menggangu lalulintas.En.Zul tidak pandai memandunya.Ia kata ia boleh terbangkan aje tetapi untuk mendarat dia tak pandai.(Seolah-olah ada tanggungjawab yang perlu dipikul tak lama lagi)


Pada 9hb Jun 2014.Beliau mengalami tekanan dimane anaknya dimasukkan kehospital Pantai kerana demam panas, dan isterinya pula kena masuk wad selama 2 bulan dan beliau pula kena ambil peperiksaan di JB, Bayangkan lah perasaan beliau ibarat 3 dalam 1.

agaknya itu maksud mimpi ku.sedikit sebanyak ada kena mengena dengan zul.Pada hal aku ni orang luar dalam keluarganya dan tiada kena mengena.

Rabu, 28 Mei 2014

Taman Halamanku Part-3

Sebelum di naik taraf

Selepas dinaik taraf

Sebelum di naik taraf

Selepas di naik taraf

Isnin, 19 Mei 2014

Taman Halamanku...part 2




Tambahan Idea 

Ini tapak yang dicadangkan membuat penambahbaikan kolam yang sedia ada di rumahku.Atas sokongan dengan idea yang ku beri, anak-anakku dan menantu bersedia membantu menjayakan projek ini, malah ada yang memberi sokongan dengan wang ringgit.

 


Idea ku sentiasa berkembang , cuma kewangan aje yang menghalang, kalau aku cukup duit halamanku lah yang paling terbaik akan ku bina dan tercantik.

Anakku yang baru balik dari luar negara dan sedang bercuti memberi aku semangat, Pada mulanya aku hanya mendapat idea saja dan memaklumkan kepadanya, Tiba-tiba ia kata esok kita mulakan 18hb Mei 2014.Dengan bahan tak bersedia.Ini lah tapaknya aku bercadang membuat jambatan melintasi ke Anjung rehat. 

 Anakku Mohd Amer ,Menantu Mohd Firdaus dan Mohd Arif ,sedang mengali lubang untuk menyambungkan kekolam besar.Aku relex aje...ini arahan Mohd Arif.

Membuat ukuran kelebaran kolam tambahan.bersemangat kitaorang masa tu.Tapi cara ku kalau buat kolam makan masa sikit.sebab idea akan datang lagi untuk yang terbaik.


Baru siap 50% , aku buat sikit-sikt, balik kerja jam 5.00 buat sikit,begitulah seterusnya.kalau korang tengok ...macam tak ada apa je.Tapi bagi ku kreatif,idea dan kepuasaan dan ketenangan.

 Setakat hari ini sabtu 24/5/2014 telah berjalan 50%.Idea aku datang mencurah2 semasa aku membuat kerja2  rekabentuk simenferro.
Sedikit-demi sedikit aku buat,idea datang masa tu....uu boleh jadi gila.bersemangat.....
Dah 75% siap ,cuma aku nak top up yang mane idea datang secara spontan.kalau boleh yang buat yang terbaik.yang penting kreatif
Bila dah cat....mesti cantik punya.Tapi itu kata ku sendiri.Ini masing2 punya mata memandang.

Impian ku nak jadikan laman rumahku begitu kretaif dengan sentuhan idea dan kepuasaan pemiliknya.

Aku tidak mampu membina rumah yang besar, tapi aku mampu menyerikan dan berkongsi senyuman penghuninya.

 Ini hasil kerjatanganku  sendiri, walau ada mata yang menilai dengan rasa tidak secantik mane tetapi hatiku merasa amat puas sekali 


 Bolehlah dikatakan cantik dan kreatif dimata ku.

 


Teratai bunganya cantik tapi akar tidak jijak ketanah,satu keunikkan teratai ialah bunganya akan berkembang setiap hari ,dan kuncup semula dan kembang semula pada esok harinya.Baru ku tahu....keunikkannya.tidak seperti bunga lain kembang hari ini esok ia layu selamanya.