Sekadar mengisi masa lapang dan juga untuk berkongsi idea hasil kreativiti kurniaan Ilahi...
Selasa, 29 April 2014
Air Mineral Dr.Sukida
Aku mula berjinak-jinak membuat bisnes jualan air meniral Dr.Sukida.Gambar di atas ini aku membuat penambahan memasang Vending Machine dan ini perasmian hari pertama promosi air percuma .Alhamdulillah dalam semingu aku mengutip duit syiling dapat dalam rm350-rm500 .Menyeronokkan bila mengira wang syiling oleh anak-anakku .asalnya aku tidak boleh tidur malam dan mudah berpeluh ketika tidur.Ketika itu isteri ku mencadangkan untuk membeli penapis air Dr.Sukida
Ini lah penapis air untuk di rumah
Isnin, 28 April 2014
Keluargaku
Kek Anakku .Bulan April dan Mei berturut-turut menyambut harijadi......amat seronok bila menjayakan
Bukan Senang dapat bergambar begini,Ini gambar terbaru kami Mei 2014.Anak-anak ku sudah membesar.3 darinya sudah berumahtangga hanya tinggal yang bungsu berbaju merah.
Gambar Majlis Perkahwinan ku pada 22.7.1984.Pada usia 19 tahun aku telah di miliki.Ketika ini aku teringat sebuah kisah semasa aku darjah 4, kawan-kawan ku bertanya ,Ramlan awak nk kahwin dalam usia berapa.Aku jawab dalam usia 19.So...memang aku dijodohkan dalam usia 19 tahun.Inilah kenangan manis.Korang perasan tak ada dua perempuan mat saleh bersama menjamu selera.
Pn.Siti Hajar Bte Md.Said.Dilahirkan pada 28.5.1976.Bertugas di klinik Amal Bukit Katil Melaka
Pn.Zainab Bte Abd.Latip, 4.5.1966.Beliau bertugas di Hospital Pantai Melaka
Raya 2010
Raya 2011
Raya 2012
Raya 2013
Menyambut Harijadi ke 48 .
Cucu Pertama ku.Anis Maisarah.Dari Anak ku yang pertama.Nama itu aku yang beri.Sama tak wajah cucuku ini dengan Datuknya.
Cucu kedua ku Mohd.Firash dari anak ku yang ketiga Nor Amerah.Comel ...mata tak tahan.
Aura Mimpiku.........
Mimpi Ku Benar...........
Itu lah tajuknya yang hendak ku kongsikan pada korang .Terima kasih ku ucapkan pada korang semua, kerana sudi dan melihat isi kandung blog ku ini yang tak seberapa.
Kali ini aku ingin kongsikan mengenai bab mimpi.Kadang-kadang ia baik untuk ku dan ada masa aku merasa takut pula dengan mimpi ku.Kerana ia pasti berlaku.Isteri dan anak-anak ku jangan nak cakap bohong atau menipu.Aku pasti dapat tahu dalam mimpi ku apa saja yang dibuat itu yang tak betul.
Aku pernah rujuk kepada 2 orang ustaz dan 2 orang ustaz lagi yang pandai mengubati orang.Aku takutlah jika ada yang berdamping dengan ku.Tapi kata mereka yang aku ni bertuah, Allah anugerahkan keistimewaan kepada ku.Aku beri contoh, memang korang tak percaya.Aku mimpi Saddam Husein kena bunuh, jambatan baru dari Fajar ke Tesco, Air terjun di bukit baru .Apa yang aku bermimpi itu semuanya belum terjadi atau dibuat lagi.Jadi ada satu lagi mimpi aku belum terjadi lagi, iaitu negara kita kena serang dengan kapal terbang yang terbang rendah sambil menembak membabi-buta.
Aku pernah bermimpi Tun Mahathir berjumpa dengan dan berkata ' Saya nak letak jawatanlah, penat dan letih ,saya nak berehat."itulah kata-katanya.Pada masa tu beliau masih hebat dan masih memegang jawatan lagi.Aku memberi tahu kepada kawan dan rakan akan mimpi aku itu.mereka kata kau gila PM nak letak jawatan.Dan sekarng ternyata mimpi aku benar.
Setiap mimpi aku pasti catitkan dalam dairi setiap tahun.Aku akan beri contoh mimpi-mimpi aku yang sudah terjadi atau ia beri petanda sesuatu akan berlaku.
1.Aku bermimpi kakak ipar ku datang berjumpa dengan ku dengan keadaan menanggis.aku bertanyakan.Mane abang ?
a)Pada esoknya aku maklumkan kepada isteri ku akan mimpi ku itu.Dan aku mengajak isteri ku kerumahnya , mungkin dia sakit atau ada yang tak kena.Tapi aku pula rasa masa tak sehat dan badan bisa-bisa.Aku bermimpi hari rabu malam dan abang ku meninggal pada hari Jumaat,Aku terkilan tak sempat jumpanya.
2.Aku bermimpi aku menyusun kuih yang banyak dan tiba-tiba kuih tu bertukar menjadi duit yang banyak.
b)Rupanya esok Ibu kesayangan ku meninggal dunia.Duit dan kuih bermaksud akan ada kenduri .Ibu ku meninggal pada 3/2/96 dan aku baru sambut harijadiku bersamanya 2/2/96.
3.Aku bermimpi ternampak ada ramai kaum perempuan keluar dari hutan memakai tudung dan berjalan berdua-dua.Dan ada seorang lelaki tua sedang mengutip bunga-bunga.Aku bertanya kepada orang tua tu.buat apa pakcik kutip bunga dan kenapa ada ramai kaum perempuan ni.Katanya ada kematian pada esok hari.(kakakku yang pakai tudung merah)
c) Rupanya kakak ku meninggal dunia pada usia 49 tahun.Cerita cara dia meninggal amat sedih.Ia pergi ke Hospital Melaka dengan suaminya.rancak ia berbual dengan suami dia.Dan suami dia turunkan dan suaminya pergi packing kereta.Rupanya itulah pertemuan terakhir.Dia masuk wad aje dia koma dan meninggal dunia.Aku telah dimaklumkan 2 hari lepas,tapi aku merasa badan bisa2 dan letih semacam.Aku pun tak sempat jumpa kakak ku semasa dia nazak.
4.Aku pernah bermimpi ada orang datang rumah minta segelas susu.Seorang lelaki yang aku kenali.
d) Rupanya esok rumah ku dipecah masuk dan mengambil barang2 dengan orang yang sama.Aku bercerita dengan polis mimpi ku itu.Polis tu terus tangkap orang itu dn dia mengaku.
5.Aku bermimpi buah nangka jatuh dari pokoknya.
e)Esok harinya ,aku memang ada menanam sebatang pokok nangka.Berbuah sebiji aje.Baru belajar berbuah.Aku panggil isteri ku dan dan maklumkan mimpi ku itu.dalam jam 3.30 petang betul2 buah nangka tu jatuh sendiri dari tangkainya ,rupanya da masak.
6.Pernah aku mimpi anak jiranku terjun dari bangunan untuk membunuh diri.
f) Pada esoknya aku melihat berita di Tv ,ada seorang gadis cuba membunuh diri dengan terjun dari bangunan.iras gadis tu sama dengan mimpi ku.Tersenyum aku bila difikirkan mimpi2 aku ni.
Banyaklah mimpi-mimpi aku ni.Nak katakan setiap hari aku bermimpi.Naik letih badan.sebab semasa kita tidur dan bermimpi ,roh kita bergerak seperti apa yang kita mimpi.Kalau aku ada mohon sesuatu, temuduga,masuk peraduan,ada duit nak masuk esok,apa saja , aku akan dapat mimpi terlebih dahulu atau jawapannya.
Dan yang paling menarik dalam mimpi ku itu, ia maklumkan orang-orang ni kena berhati-hati ia akan memberi gambaran wajah atau rakan-rakan di tempat kerja.Orang ni bolih percaya atau tidak.Kawan makan kawan semuanya ia akan beri petunjuk.Ini semua dengan izin Allah.Tak ada yang lebih darinya.
Aku juga bolehlah dikatakan (Pandai Baca,bolehlah) No.K/p orang , tandatangan , Nama , Aura muka orang tu.No.rumah , nama pasangan , cari barang hilang atau terlupa ,No.kereta ,No. Motor .kalau betul apa yang aku buat terjadi dan benar itu semua hanya kebetulan saja .Apa semuanya Allah yang lebih mengetahui Allah yang lebih berkuasa.
Pernah dua kali aku dapat mimpi yang kawan aku kena pukau dan curi dan rumah dimasuki pencuri dan mangsa kena ikat.Masa aku mimpi tu selang 2,3 hari baru ia berlaku.Jadi aku nak jumpa orang yang bakal disamun atau dipukau tak di izinkan oleh keadaan.Ada aje halangan untuk memaklumkan kepada mangsa itu agar bersedia.hinggalah ia berlaku apa yang aku mimpikan.Yang best tu aku dapat lihat wajah-wajah pencuri atau perompak tu dalam mimpi aku.Kadang-kadang aku beri kerjasama dengan pihak polis mereka melukis langkaran wajah-wajah pencuri.Ada yang membantu polis berjaya ditangkap.Entahlah korang nak percaya terpulanglah.
7) 4/5/2014 aku bermimpi Suhailah rakan tempat kerjaku ,dalam mimpi ia memberi gambaran suhailah nampak mcm tak sehat lemah ,dan ia berada di dalam bilik (KU) ia terbaring atas simen.Dalam keadaan bilik yg gelap,gambaran seperti gambar di atas.
8) 5/5/2014 aku bermimpi lagi, berturut-turut 2 mlm aku mimpi dia.Ini bermakna ada mesej nak disampaikan dalam mimpi aku itu.Aku mimpi su dapat surat tukar ke unit lain.Bagi ku itu petanda baik.
Aku ingin menguji mimpi ku.ada yang tak kena akan datang pada beliau, mungkin beliau sakit atau keluarga terdekat yang melibatkan dirinya.Dan mimpi ke 2 petanda baik .Biasanya mimpiku (99.9 tepat )akan terbukti selepas 24 jam, 3 hari, 7 hari ,15 hari , sebulan atau 3 bulan.
1.Hari ini 6/5/2014 dan 7/5/2014 (2 Hari EL) Suhailah (EL) tak datang kerja, katanya anaknya tak sehat .
2.Hari ini pula 14/5/2014 mimpi ku yang ke dua terjadi (dalam masa 10 hari terbukti mimpiku)Suhailah mendapat berita baik, yang beliau di anugerahkan APC.Tahniah
Jadi kesimpulan mimpi ku bagi ku benar.Aku bukan taksup atau membangga, aku tak nak lari dari akidah pegangganku.Itu semua satu kebetulan sahaja.Korang fikir-fikirkan......lah.
Isnin, 21 April 2014
Yangku Kenali
Aku bersama Pegawai Perhubungan Jabatan Pendidikan Labuan Sabah, Yang menyambut ketibaan kami dan bersama menjayakan lawatan dari Jabatan Pendidikan Melaka.(Mamat sebelah ni kacau aje....poh..poh pergi main jauh-jauh.
Aziawati adalah rakanku ,satu Jabatan.Ini semasa kami di Negara Brunei di perkampungan air.Dia ni selalu bikin panas, Orangnya baik dan rajin tapi telinga tu kena tahan sikit.Dia ni suka belanja orang.Masih bujang tau....
Karnival Pendidikan Melaka 2010.Aku bertugas bersama seorang kawan rapat dan terlalu rapat.Jaafar Bin Abu Samah.Bertugas Di Unit Pendidikan Khas.Beliau ni seorang yang baik, Telah berumahtangga.kalau dia nak kemane-mane mesti nak aku bersama, kursus,lawatan atau mesyuarat.Beliau pemain karum no.1 di Jabatan Pendidikan Melaka .
Khamis, 17 April 2014
Langkawi terbaik
25/3/2010 aku menghantar anak ku daftar kesebuah hotel MISC untuk pelayaran ke Hong Kong.Dan jam 2.00 aku meninggalkan dia di hotel itu dan meneruskan perjalanan ku ke Langkawi.Dan lepas itu aku sesat sehingga jam 7.00 mlm baru dapat keluar dari Jalan Daya Bumi.Bayangkan......nak ke Langkawi bawa kereta dengan aku seorang pemandu sahaja.
Aku sampai di Kuala Perlis jam 5.00 pagi dan menanti Feri untuk ke Pulau Langkawi.Adui....... letihnya perjalanan tadi.Masing-masing buat hal masaing-masing, belum sarapan lagi ini.Aku nak cite sikit .Semasa aku packing kereta dalam jam 5.00 pagi ditempat letak kereta Kuala Perlis.Datang sebuah motor dengan 2 penumpang (cerita seram ni dan takut) menghampiri ku dan bertanyakan aku nk ke Pulau ke?.Dah tempah hotel.kereta dan sebagainya.Aku dengan lurus kata belum....aku mula rasa berdebar .Sape orang ni berniat baik ke atau sebaliknya (bisik dalam hati ku).Dia kata kalau belum dia akan uruskan dan bayar padanya .Aku pendikkan cerita aku pun bayar dengan dia Rm450.00.Aku bertawakal kepada Allah.Setibanya di Pulau aku berjumpa dengan orang-orang yang disuruh tadi (Budak Motor tu) Syukur kepada Allah semuanya berjalan lancar.Tiba aje di hotel ke ,sewa kereta ke semua ok dan mereka bertanya kepada ku ni Encik Ramlan ke.Jadi kesimpulan janganlah kita bersangka buruk pada orang yang kita tidak kenali.
Dah pun sampai .selepas daftar di rumah guru Jabatan Pendidikan Langkawi dengan bayaran rm50.00 semalam sahaja.2 hari duduk rumah guru , dan 1 hari duduk kat hotel Faridah di Pantai Cenang.Menaiki Kabel Car, anak ku terlalu seronok bila dapat jalan macam ni.....best lah ayah....nak pergi lagi nanti.Korang nak tahu satu cerita benar ni.Aku ni selalu juga kelangkawi , mcm kursus dan sebagainya.Tapi Isteri2 ku ni pertama kali aku bawa.Macam2 hal berlaku selepas aku sampai di Melaka.
1.Semasa didalam Feri tiba2 ombak (bukan ombak rindu tau)laut bergelora bila tiba ditengah2 perjalanan.Dengan penhawa dinggin Feri tu rosak pula.Tekak lowa rasa nak muntah.
2.Aku sempat bawa mereka melihat Underwater World Langkawi (Aqurium ikan terbesar dilangkawi) memang best , ikan besar-besar dan pelik2.Tapi bila dah balik Melaka, Esoknya aku baca berita muka pertama mengatakan semua ikan di Underwater World Langkawi yang aku pergi tu mati semuanya akibat di racun.Wau......
3.Dan aku baca akhbar lagi ,banjir ditempat aku letak kereta setinggi 6 kaki.Wau...selang sehari aje aku balik ke melaka..
cuba kamu bayangkan.semuanya berselisih......aku beri masa 15 minit dari sekarang.aku nak ketandas kejap.nanti sambung....ye dan baca lagi
Isteri ku pertama , nampak macam letih....
tapi hatinya gembira bila di bawa melancung macam ni.Yang aku ni pulak kalau nak ajak kemane-mane aku tak suka beritahu isterku.Maklum aje nanti tak jadi.Dan jumlah duit yang aku sediakan pun aku tak beritahu diorang.Korang tahu aku bawa rm6ribu.tiba disane setelah selesai semua dan balik di melaka , habis rm2 ribu genap.Itu pun aku tak beritahu diorang berape habis dan baki.
kau tahu bila aku beritahu diaorang selepas 1 atau 2 bulan selepas tu dan duit tu pun habis baru aku cite.Itulah peramgai aku.Jadi diaorang dah biasa dengan perangai lelaki diorang.Itu yang diorang terlalu sayangkan aku.
korang mesti cakap.... belakang aku !.Ada aku kisah.....jah!
jah tak kisah apa kiah nak cakap......
Baru sampai kemuncaknya, sejuk dan terasa tenang sangat bila berada disini.ini lah kegembiraan ku selama aku hidup berumah tangga .
Ini kereta yang di sewa.Pada mulanya bila aku baru sampai dipulau itu ramai taukeh2 kereta mengejarku untuk memberi sewa.Tapi aku menolak dengan alasan takut sesat.Rupanya bila dah memandu sendiri , seronok, pusing-pusing situ juga jumpa.Sewanya sehari rm6o sahaja.Kau ada....?Iini kereta ke 3 yang aku sewa.Kereta pertama yang aku sewa..bila memandu orang kayuh basikal boleh potong aku.kau bayangkan.....jah malas nak ulas.
Aku ke pulau Beras Basah selepas memberi Helang makan.Pemandu bot tu kata dalam 1 jam lagi dia datang ambil kitaorang.Aku tunggu2 dekat 3 jam baru dia datang, rupa nya dia tido dalam bot .bot tu pulak ada depan aku aje....hawauuuu ...kata orang melaka.
Ini lah saat yang paling aku gembira bila melihat anak-anak dan isteri-isteri ku mandi manda.Aku tak mandi sebab tak pandai berenang.hanya tengok dari kerusi malas aje...
Ini bukan berenang .nampak macam berdiri aje.alah bukan orang tahu pun........janji aku dapat mandi dalam kolam renang di hotel ini.Sewa semalam hotel ini hanya rm70/ aje.
Wah....ye..ye aje anak ku berenang.Mak dia pun sama , macam berdiri aje.macam comel aje.macam comel aje.........
Ini pantai cenang.......pantai ni bahaya sikit , tak sesuai untuk kanak-kanak.Tapi untuk orang tua-tua macam aku sesuai.kat sini banyak jemur sotong untuk dikeringkan.....mera nampak mcm sakit pinggang aje.
Wah kak nab......
Ini Tasek Dayang Bunting....aku nak suruh kak nab kau minum air ni......takut juga.nanti orang kata "asyik mak mentua kau aje yang mengandung"
Kak Hajar pun sama .......minumlah air tu.syiqah dapat adik nanti...he..he
Langgan:
Catatan (Atom)