Jumaat, 21 Mac 2014

Bila malam pasti ada siangnya....

Disini aku nak berkongsi dengan korang, jika korang dilanda masalah dan tak ada orang nk temankan, dan tiada sape nak hiburkan hati yang terluka, dilukai , digores ke, gaduh dengan suami ke, isteri ke atau dengan bos atau ada masalah kewangan.
sebagai contoh:

1.Petua jimatkan minyak kereta.pagi-pagi lepas sembahyang subuh, stat kereta panaskan enjin dulu, lepas tu sarapan yang apa yang ada.lepas tu matikan enjin kereta, dan stat pula motor yang berada disebelah kereta dan terus pergi kerja.insyallah dalam sebulan minyak kereta rm10 pun tak habis.ini maknanya naik motor aje lah....kan jimat minyak kereta.

2.Apa bezanya kacang panjang dengan seluar panjang.fikirkan sekejap..........................dah fikir dah.ok jawapannya kacang panjang setelah dipotong tetap orang panggil kacang panjang dan seluar panjang bila dah potong orang akan panggil  seluar pendik.itu bezanya.

3.Pernah tengok ikan dalam aqurium, kalau malam-malam apa ikan tu buat, jangan fikir yang bukan-bukan blog aku ni suci dan telus.dah tahu apa dibuat.ok kalau da siang pula macam mane apa pula ikan tu buat.
he.he...jawapannya matilah ikan tu...dah kena siang untuk digoreng.......

4.Banyak-banyak buah, buah apa kalau nak makan kena langkah dulu.ingat jangan fikir yang kotor,dah tahu...buah dam lah.....

5.Korang pernah tak jumpa lelaki yang kepalanya botak didepan saja.itu maksudnya dia seorang yang kuat ingat (kuat ingatan) dan kalau ada pula lelaki yang botak dibelakang.itu tandanya dia seorang yang pandai (Bijak) ok kalau dia botak depan belakang apa maknanya......maknanya dia tu dia ingat dia pandai..he.he.

6.Petua orang yang ada darah rendah..biasa kita dengar orang kena darah tinggi. ok senang aje ubatnya.suruh dia berdiri depan kita.pastikan mukanya tepat depan muka kita.baca bismillah lepas ku ludahkan kat muka dia.insyallah darah dia akan naik semula.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan