Ahad, 23 Mac 2014

King Mangga....

 Ini lah pokok mangga king yang ku tanam 8 tahun dahulu
 Kak laila sempat bergambar .....lan kau pakai baja apa ni ?



Bila musim berbuah, memang seronok tengok.semakin hari semakin  membesar .itu pun ada orang nampak nak minta.aku kata buah tu belum masak lagi.kalau mcm ni lagi sebulan setengah baru bolih fikir untuk memetiknya.Mangga ni pulak bukan jenis dah masak ia berwarna kuning.tapi ia tetap berwarna hijau.cuma cara nya kena selalu raba dan picik buahnya sikit.kalau ada rasa mcm terbenam jari kita itu tandanya dah bolih petik.
 Pn.Hafizah....sempat juga bergambar....ada sekilo tak?
 

Pokok mangga king ini aku beli di MITC  lapan tahun dulu.Ada pameran hari peladang.harganya dalam rm80 sepokok.Masa tu tinggi pokok dalam  2 kaki sahaja.Selepas setahun ia mula berbuah.
Kakak aku...nak petik lagi ke.....tu kat tangan kan dah ada.
Ini hasil tanaman ku ....tapi buah anggur tu kawan aku yang tanam diluar negara
Wah....Syiqah....besarnya mangga tu.sorang makan seminggu baru habis...
sekali berbuah dalam 40 biji aje........setahun 2 kali berbuah

2 ulasan:

  1. as salam tuan, nak tanya bagaimana cara untuk dapatkan buah mangga king saiz besar..tuan guna baja apa? saya baru berjinak-jinak dalam penanaman pokok mangga ni.terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pegi je nursery yg jual pokok buahan. Tak mahal. Saya beli sepokok cuma rm12..00. Empat tahun dah berbuah.

      Padam