Isnin, 18 Ogos 2014

Raya 2/2014

Musim raya 2014

Kami sempat berkunjung kerumah Pn.Suhailah di Tanjung , aku dan keluarga ku dapat merasai makanan yang disediakan,Kebetulan kami semua memang belum makan, Apa lagi dia hidangkan lauk kesukaan ku,

masak asam keladai, ikan cencaru goreng , ikan parang masak asam pedas sayur asin ,sambal petai, wou.....

memang sedap.Aku ni orang nya agak cerewet sikit, bukan semua rumah aku makan, walau pun rumah kakak ku sendiri.

Ini semua di Majlis Jamuan Hari Raya di BTP Melaka anjuran Jpn.

gambar-gambar di atas ni adalah orang-orang penting, kalau mereka tak ada, tak dapat aku nak bayangkan.Mereka semua bersatu hati ,memberi kerjasama yang begitu erat sekali.Yang tak hadir dalam majlis ini kawan baik ku ,Norfazlin dan Mohd Zaki.Beliau berdua tidak sehat.

 Majlis rumah terbuka rumah sepupu isteri ku (Zainab) wou....mcm majlis kerja kahwin tak cukup tempat duduk, Ada 3 khemah.Bayangkan masak lemak siput sedut aje 1 periuk besar mcm periuk masak nasi orang kahwin ,Kupang goreng cili, kambing, Ikan pari bakar dll.Beliau setiap tahun buat majlis memang gila-gila.Maklumlah beliau juga berniaga di Pasar Besar Melaka.Ini lah rumah terbuka raya yang terhebat dalam tahun 2014.

Syaiful menyambut hari jadinya pada 22/8/2014 sempena majlis Jamuan Hari Raya SPMICT

  Ini lah dia rakan-rakan di SPMICT 2014

 Sempat juga Nur Efada bergambar bersamaku.....Buat Kenangan katakan

 Ni baru lepas gaduh ni...........Suhailah.....Gaduh2 juga...tapi baju dia pakai nampak cantik

 

2 ulasan:

  1. alaaaaa..letaklah gambar comel2 sikit..huhuhu..ape2 pun tq...saya pun gembira sebab encik ramlan sekeluarga sudi ke rumah saya...

    BalasPadam
  2. memanglah kitakan kawan, dah mcm satu keluarga, bezanya masing2 dah ada keluarga.jagalah keluarga sebaik mungkin.

    BalasPadam