Rabu, 9 April 2014

Cerita benar Part-3

Salah Cakap Salah Rumah



Ini cerita benar yang berlaku dalam hidup ku,Kekadang bila teringat balik seronok pun ada dan rasa malu pun ada.
Masa tu aku masih bujang lagi....dan aku ada berkawan dengan seorang gadis yang sama berkerja dengan kakak ku di sebuah kilang biskut di Pulau Gadong Melaka.Pernah gadis itu datang kerumah kakak ku pada hari raya.Dan disitulah kami mula berkenalan.Ia nampak gembira bila melihat ku dan dia tak sangka kakak ku ada seorang adik lelaki yang boleh dikatakan sedap juga mata memandang (he.he...)

  Selepas itu dia mempelawa ku datang berkunjung kerumahnya , maklumlah musim hari raya katakan.
Aku pun apa lagi ...gembira dan pada esok harinya aku mengajak kawan-kawan ku ikut sama.
gadis itu memberi gambaran sekian-sekian alamatnya di kampung Londang Melaka.

Kami pun naik lah bas.Masa tu aku tiada kenderaan.Sampai saja di Londang kami pun turun dari bas.Dan kami berjalan sedikit mencari rumahnya.

Tiba-tiba aku ternampak ada seorang makcik sedang menyapu dihalaman rumahnya.Aku pun beri salam.Makcik tu pun menjawab salam ku. Dan aku bertanya....makcik saya nak tumpang tanya.mane satu rumah ZAMRAH MAMAT.

Makcik tu pun dengan pantas menjawab....tu nak rumahnya yang ada pokok rambutan berbuah lebat tu.Aku pun tak buang masa dan mengucapkan terima kasih pada makcik tu.
Aku pun berdiri di depan rumah tu.Dan terus memberi salam......tiga empat kali aku memberi salam.Tapi tiada sape pun yang menjawab.

Adui....mane tuan rumah ni.....aku mula gelisah....pelawa datang rumah...tapi tak ada di rumah.bisik  hati ku.
Dan aku pun menulis pada sekeping kertas dan aku selitkan di pintu rumah itu.Kami pun balik lah dengan hampa.(Di dalam nota yang aku tinggalkan, aku tulis "zamrah saya dah datang rumah awak ,tapi awak tak  ada di rumah.ok lah esok awak tunggu saya di panggung wayang Lido Melaka jam 2.00 ptg)

Itulah kata-kata didalam nota yang aku tinggalkan.

Pada esok hari , aku pun tunggulah si zamrah ni di tempat yang dijanjikan bersama-sama kawan-kawan ku .
Tunggu punya tunggu si zamrah ni tak sampai-sampai.Lalu aku ambil keputusan pergi kerumahnya semula.
Mane tahu kot-kot dia ada dirumah.

Kami pun sampailah dirumah tersebut dalam jam 5.00 ptg.
nampak dari jauh rumah tu macam ada penghuni....ini berita gembira.(kata ku di dalam hati)
Kami pun beri salam.Salam kami dijawab oleh tuan rumah tersebut.(mungkin Bapa Zamrah kot)

Kami pun masuk dalam rumah tu, kehadiran kami disambut oleh kedua orang tua (mungkin ibubapa zamrah )
Kami di jamu dengan beraneka makanan, maklumlah musim raya.
Tapi yang hairan , mane perginya zamrah ni tak keluar-keluar lagi..Pakcik tu pun bertanya kepada ku sambil kami menjamu selera.
Siapa yang letak kertas di tepi pintu rumah pakcik.....semalam? Aku pun menjawab dengan tersipu-sipu dan berangan-angan sambil melihat rambutan yang lebat di tepi tingkat rumahnya.

Sa..sa..saya pakcik....kata ku dengan nada gementar sedikit.oooooh....awak....ye...
ha makan lagi...jangan malu-malu..pelawan pakcik tu lagi kepada kami.(lagi aku naik perasan)
Dan bertanya lagi...apa hubungan awak dengan si zamrah ni.aku pun tersipu lagi.....ka...ka..kawan pakcik.
kawan biasa aje.(Jawab ku dengan nada pelahan)

oooooooh kawan....dah lama ke awak kenal dengan zamrah ni.tanya pakcik tu lagi.
Ba..ba..baru aje pakcik......oooohhh (Nampak macam baik aje pakcik ni........ kata ku di dalam hati)

oklah ...awak semua dah makan.kan..kenyang ke ?, tanya pakcik tu lagi.Aku pun memuji lah.sedaplah pakcik masakan ini.Siapa yang masak ?
Tersenyum kedua orang tua rumah itu.Tanpa membalas soalan ku tadi.
Macam ni lah....sebenarnya Zamrah tu adalah isteri pakcik.(ni makcik kau ni depan kau ni) dan Mamat tu pakcik ni.
HAAAAAAAAAAAAAAAAAA....aku terperanjat beruk.kamu ni tersalah rumah.Rumah zamrah tu tak jauh dari rumah pakcik dan nama sebenar dia Zamrah Bte Mamat.Yang kau datang ni rumah Zamrah Mamat.(Kebetulan nama yang sama tapi beza BINTI tiada)
(ye ke....aku sebut dengan makcik semalam , zamrah mamat bukan zamrah bte mamat.kata ku didalam hati lagi)

itulah cerita ku yang terlampau malu dan aku berterima kasih kepada tuan rumah itu yang sudi mempelawa kami makan ..daripada  dia belasah kami .....he..he.(Salah sangka)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan